Thursday, December 9, 2010

Tahun Baru Hijri 1432

Syukur Alhamdulillah..hanya itu yg termampu diungkap bila Rabbul Jalil masih memberikan 'peluang' untuk kita menghirup udara tanggal 1 Muhaaram 1432 @ 7 Disember 2010. Siapalah kita di sisiNya utk menafikan semua nikmat yg telah dikurniakan kpd kita yang maha zalim ini (banyak meninggalkan perintah Allah)

Allah S.W.T (dibaca Subhanahu Wa Ta'ala-mahasuci ALlah dan Yang Maha Tinggi) yg bersifat Maha Pemurah kepada hambaNYa langsung tidak berkira dengan jumlah udara yg disedut utk bernafas setiap saat oleh setiap insan sama ada yg Muslim juga yang bukan..semua diberi Allah 'perkhidmatan percuma' untuk menyedut udara sebanyak mahu mana yg termampu...sedut lah!! Hinggalah sekarang melangkah tahun baru hijrah 1432 suda...

Jika Allah dengan sifatNya begitu TIDAK berkira dengan apa juga bentuk 'benefit' kepada umat, apalah kita yg terlalu kecil ini menyanggah sifat Allah..bila terlalu berkira untuk berbuat kebaikan sesama umat?????!!!

Bersamalah kita melakukan transformasi dalam seluruh aspek kehidupan kita...kepada mentaati SETIAP perintah SURUH dan setiap perintah LARANG yang Allah tetapkan !
Jangan tunggu saat Allah 'berkira' pula dengan kita nanti di padang mahsyar (ramai yg masih ragu akan kewujudannya) untuk kita mula menjadi insan yg patuh kepada Penciptanya!

Sunday, January 3, 2010

Pelancaran 1Malaysia peringkat KRT Tabanak


Pada 21hb. Nov, 2009
Tempat: Kg Tabanak
Perasmian: En. Babul Sariot, Pegawai Pejabat Parliman P.188 Silam mewakili YB. Tuan Hj Salleh bin Hj Kalbi.

KRT Tabanak adalah satu-satunya organisasi di Daerah Lahad Datu membuat majlis pelancaran 1Malaysia ini.


Pengerusi KRT Kg Tabanak Lahad Datu menerima cenderahati daripada En. Babul Sariot dan En. Chong Su Vun mewakili YB. Hj Salleh bin Hj. Kalbi.


..antara aktiviti sosial yang dijalankan oleh KRT Kg Tabanak ialah menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada penduduk yang memerlukan oleh Pengerusi KRT Kg Tabanak mewakili YB. Hj Salleh Hj Kalbi