Wednesday, December 31, 2008

SKIM RONDAAN SUKARELA



KRT Kg. Tabanak Lahad Datu adalah yang pertama menjalankan SRS antara KRT di Daerah Lahad Datu. (foto cerah..alfatihah kepada Allahyarham Mohd Hussain b. Laaki yang telah meninggal dunia pada 6 Nov 2008 yang juga merupakan Tim. Ketua SRS dan Tim. Pengerusi RT, semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas ruhnya)


PANDUAN PENGENDALIAN SKIM RONDAAN SUKARELA DI BAWAH
PERATURAN-PERATURAN PERLU RUKUN TETANGGA (1975)

keterangan lanjut>>

Tarik balik geran KRT..

KOTA KINABALU: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), mungkin menarik balik geran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang gagal menjalankan Skim Rondaan Sukarela (SRS), mulai tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili, berkata mulai tahun ini, semua KRT yang baru ditubuhkan diwajibkan menjalankan SRS di kawasan pentadbiran masing-masing.

baca berita penuh >>

Tahniah! KRT Kg Tabanak mendapat pengiktirafan KRT Teraktif peringkat Negeri Sabah




Sekalung tahniah kepada warga KRT Kg Tabanak atas usaha gigih secara kolektif dalam menggerakkan aktiviti KRT yang telah mendapat pengiktirafan pemimpin peringkat negeri.