Sunday, October 25, 2009

Majlis 'MIMBAR'


Malam Imbauan Memori Bersama Rasulullah (MIMBAR) anjuran SMK Sapagaya Lahad Datu bersama KRT dengan jemputan khas Ust. Norbahyah dan Ust Akasyah. Majlis diserikan juga dengan persembahan Nasyid.

Sunday, August 9, 2009

Program terkini ..

1- Pertandingan Sepak Takraw Terbuka pada 15 & 16 Ogos, 2009 - sila hubungi En. Tolo, tel:0138881008, En. Asrin Tel: 0138649413.

2- Pertandingan Hiasan Lampu Kreatif Malam 7 Likor

Friday, August 7, 2009

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2009


wakil Gerai KRT Tabanak menerima hadiah Gerai Tercantik dan Kreatif dari ADO Lahad Datu


Gerai KRT Tabanak sedang menyiapkan bahan jualan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2009.


ADO Lahad Datu, En. Juraimin Hj. Jadil melawat gerai Amanah Ikhtiar sempena Bulan Kemerdekaan

Thursday, May 21, 2009

Peranan KRT tangani masalah sosial setempat..


BEAUFORT 20 Julai - Kawasan Rukun Tetangga (KRT), di sini, diminta mengenal pasti gejala sosial di kawasan masing-masing supaya setiap penyakit masyarakat dapat dibanteras secepat mungkin.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, bagi memastikan gejala sosial mampu dibendung dengan berkesan setiap KRT perlu mengenal kumpulan sasarnya.

info penuh >>>

Friday, February 27, 2009

Tuesday, February 17, 2009

Majlis Perpisahan Pen. Pegawai Perpaduan Daerah L.Datu


Pn. Hamimah menyampaikan Cenderakenangan bagi pihak JK KRT Kg Tabanak kepada En. Mohd. Aizzam

Jawatankuasa KRT Kg Tabanak mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada En. Mohd Aizzam Shah b. Mohd Busman yang bertukar ke Tawau, atas sumbangan dan jasabaik selama berkhidmat sebagai Pen. Pegawai Perpaduan Daerah Lahad Datu. Tempat beliau diganti oleh En. Masri bin Rayner. Kepada En. Masri bin Rayner, kami warga RT Lahad Datu mengucapkan selamat datang, ahlan wasahlan wamarhaban bikom.. kami berjanji akan memberikan sepenuhnya kerjasama sebagaimana yang kami berikan komitmen semasa era pengurusan En. Mohd Aizzam..

KRT Kg Tabanak akan memiliki bilik gerakan sendiri..



..pihak Jabatan Tanah & Ukur Daerah Lahad Datu sedang membuat pemeriksaan akhir ke atas status tanah Bahagian Hulu Kg Tabanak untuk dibina atasnya Pusat Rukun Tetangga Kg Tabanak

Monday, February 16, 2009

Program gotong royong 15 Feb 2009



..Tuan Imam Kariah Kg Tabanak, Imam Samsuri bersama ahli KRT bergotong royong membersih persekitaran Masjid Darussalam Kg Tabanak



Pengerusi KRT Kg Tabanak, Pn. Hamimah bersama anggota lain..

Sunday, February 15, 2009

Kem PADU Anak Malaysia


sesi foto kenangan peserta Kem PADU Anak Malaysia bersama YB Datuk Suhaili



YB Datuk Suhaili diberi taklimat ringkas oleh Pengerusi KRT Kg Tabanak berkaitan program sebelum upacara perasmian penutupan..


YB Datuk Suhaili menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta Kem..


Kem PADU Anak Malaysia melibatkan peserta di kalangan Jiran Muda KRT Daerah Lahad Datu adalah pemanking kepada pembinaan sahsiah dan jatidiri di kalangan remaja. KRT Daerah Lahad Datu mengambil inisiatif menganjurkan program ini demi survival generasi muda kini. Sambutan kepada kem ini sangat menggalakkan di mana ramai remaja yang memohon untukmenyertai kem ini. YB. Datuk Suhaili sudi meluangkan masa merasmikan penutupan Kem PADU kali ini.

Thursday, January 1, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430


Sungguh pantas masa berlalu. Tanpa disedari bulan Muharram kunjung tiba lagi. Tahun baru 1430 Hijriyah tahun ini mudah diingati kerana ketibaannya hampir serentak dengan tahun baru 2009 Masihi. Tanpa kita sedari juga sebenarnya usia kita semakin bertambah, rezeki kita juga semakin berkurangan, ajal semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin menghampiri kita.

Kehadiran bulan Muharram tahun ini sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Sebab itu terdapat golongan yang ghairah beramal dalam bulan ini. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini. iaitu ;

1.Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan

Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.

baca lagi >>>