Friday, February 27, 2009

Tuesday, February 17, 2009

Majlis Perpisahan Pen. Pegawai Perpaduan Daerah L.Datu


Pn. Hamimah menyampaikan Cenderakenangan bagi pihak JK KRT Kg Tabanak kepada En. Mohd. Aizzam

Jawatankuasa KRT Kg Tabanak mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada En. Mohd Aizzam Shah b. Mohd Busman yang bertukar ke Tawau, atas sumbangan dan jasabaik selama berkhidmat sebagai Pen. Pegawai Perpaduan Daerah Lahad Datu. Tempat beliau diganti oleh En. Masri bin Rayner. Kepada En. Masri bin Rayner, kami warga RT Lahad Datu mengucapkan selamat datang, ahlan wasahlan wamarhaban bikom.. kami berjanji akan memberikan sepenuhnya kerjasama sebagaimana yang kami berikan komitmen semasa era pengurusan En. Mohd Aizzam..

KRT Kg Tabanak akan memiliki bilik gerakan sendiri..



..pihak Jabatan Tanah & Ukur Daerah Lahad Datu sedang membuat pemeriksaan akhir ke atas status tanah Bahagian Hulu Kg Tabanak untuk dibina atasnya Pusat Rukun Tetangga Kg Tabanak

Monday, February 16, 2009

Program gotong royong 15 Feb 2009



..Tuan Imam Kariah Kg Tabanak, Imam Samsuri bersama ahli KRT bergotong royong membersih persekitaran Masjid Darussalam Kg Tabanak



Pengerusi KRT Kg Tabanak, Pn. Hamimah bersama anggota lain..

Sunday, February 15, 2009

Kem PADU Anak Malaysia


sesi foto kenangan peserta Kem PADU Anak Malaysia bersama YB Datuk Suhaili



YB Datuk Suhaili diberi taklimat ringkas oleh Pengerusi KRT Kg Tabanak berkaitan program sebelum upacara perasmian penutupan..


YB Datuk Suhaili menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta Kem..


Kem PADU Anak Malaysia melibatkan peserta di kalangan Jiran Muda KRT Daerah Lahad Datu adalah pemanking kepada pembinaan sahsiah dan jatidiri di kalangan remaja. KRT Daerah Lahad Datu mengambil inisiatif menganjurkan program ini demi survival generasi muda kini. Sambutan kepada kem ini sangat menggalakkan di mana ramai remaja yang memohon untukmenyertai kem ini. YB. Datuk Suhaili sudi meluangkan masa merasmikan penutupan Kem PADU kali ini.